06 January 2009

NIAT DI HATI NAK....

2009' Jan 6.

Kalau mau cerita masa lampau rasanya kurang menarik hari ini....jadi saya mau bawa kwn2 becerita tentang besok dan tahun2 hadapan, boleh???hehe...

Tahun ini pada saya satu tahun yang amat getir kerana tahun ini tahun yang terakhir sebelum hadirnya tahun 2010...dalam diam tidak diam kata org senior, sda hampir sepuluh tahun kita berada dalam tahun 20' an (yg sebelum ini di panggil 90' an). Terpanggil saya dalam ertikata sedar dr mimpi...bahawa masa tidak pernah memikirkan sesiapa. Masa juga tidak pernah lupa pada janjinya akan sentiasa datang dan pergi mengikut jadual yang telah ditetapkan...Justeru terpikir dalam benak..."Apa yang telah berlaku selama hampir sepuluh tahun?"..Kemana sda perginya masa yang telah meninggalkan kita???Apakah ia akan kembali lagi? atau akan mengembalikan usia sepuluh tahun itu kehadapan kita semula????...Jawapannya!... SUDAH PASTI TIDAK....

SELEPAS SEPULUH TAHUN.. Kalau yang berjaya...alhamdulillah!!.. kalau yang telah berumahtangga...alhamdulillah...kalau yang telah bertapak dalam mengusahakan sesuatu alhamdulillah...Jadi!..di mana kah kategori kita sebenarnya?

Apakah kita masih harus bermimpi disiang hari?atau apakah kita masih harus berpoya-poya dengan dunia fantasi kita?atau apakah kita harus hanyut diarus kehidupan yang sama seperti kelmarin, minggu lepas atau tahun lepas??.....

Tepuk dada tanya hati.."jangan sesekali tanya selera"...kerana hanya hati yang tahu apa sebenarnya yang telah berlaku selama ini..

Wahai kwn2....
Sepatutnya, peristiwa kemarin amat bermakna buat kita..kerana peristiwa kemarin sepatutnya akan membuat kita lebih dewasa, matang dan lebih tepat membuat tindakan untuk hari ini, besok dan lusa..Tapi, kenapakah hati kita sering berkata-kata! bahawa hidup ini sering saja serba tidak cukup?sering saja tidak sempat?sering saja tunggu dulu!sering saja pergi dulu!sering saja pikir dulu!sering saja nanti dulu!.....

Wahhh!!alangkah sedihnya..kalau kita ingat kembali...bertapa untungnya kalau dulu kita kata tidak cukup!"tapi mari kita cari"...Tiada kata2 seperti nanti dulu, pikir dulu, tunggu dulu..
Kadang2, kita rasa dunia tidak adil?kadang2 kita rasa masa tidak adil?kadang2 kita rasa kehidupan tidak adil?Asik saja kita saling mempersalahkan antara semua ini dan itu....Siapakah sebenarnya yang salah?siapakah sebenarnya yang kejam?Siapakah sebenarnya yang tidak adil?
Marilah kita sama2 fikir dan menjawab semua ini...

Kawan2 Ku....
Semoga tahun 2009 ini akan mencipta sejarah buat kita semua..doa saya, semoga kejayaan demi kejayaan akan tercapai dari setiap usaha...juga semoga hati kita lebih kuat dalam menghadapi setiap masalah dan mudah pula untuk meleraikannya...AMIN!!...

Ok la kwn2..nti kita sambung lg ya..
Babaiiiiii.....

No comments: