10 January 2009

OUM..

Uik nah...awal2 lagi jantung sda berdegup kencang. Macam takut! tp tdk juga, mcm berani! tdk juga. Begini la bila setiap kali hari exam tiba.. Hari ni ada 2 paper pg sampai ptg.(Teknologi Maklumat dan Etika)Sy doakan semoga semua kwn2 yang menduduki exam pd hari ini akan mendapat ketenangan dan akan dapat menjawab kedua-dua paper dengan baik .
Okla...kita jumpa besuk kio, sy p duduk exam dulu sana bangunan oum...babai.

06 January 2009

NIAT DI HATI NAK....

2009' Jan 6.

Kalau mau cerita masa lampau rasanya kurang menarik hari ini....jadi saya mau bawa kwn2 becerita tentang besok dan tahun2 hadapan, boleh???hehe...

Tahun ini pada saya satu tahun yang amat getir kerana tahun ini tahun yang terakhir sebelum hadirnya tahun 2010...dalam diam tidak diam kata org senior, sda hampir sepuluh tahun kita berada dalam tahun 20' an (yg sebelum ini di panggil 90' an). Terpanggil saya dalam ertikata sedar dr mimpi...bahawa masa tidak pernah memikirkan sesiapa. Masa juga tidak pernah lupa pada janjinya akan sentiasa datang dan pergi mengikut jadual yang telah ditetapkan...Justeru terpikir dalam benak..."Apa yang telah berlaku selama hampir sepuluh tahun?"..Kemana sda perginya masa yang telah meninggalkan kita???Apakah ia akan kembali lagi? atau akan mengembalikan usia sepuluh tahun itu kehadapan kita semula????...Jawapannya!... SUDAH PASTI TIDAK....

SELEPAS SEPULUH TAHUN.. Kalau yang berjaya...alhamdulillah!!.. kalau yang telah berumahtangga...alhamdulillah...kalau yang telah bertapak dalam mengusahakan sesuatu alhamdulillah...Jadi!..di mana kah kategori kita sebenarnya?

Apakah kita masih harus bermimpi disiang hari?atau apakah kita masih harus berpoya-poya dengan dunia fantasi kita?atau apakah kita harus hanyut diarus kehidupan yang sama seperti kelmarin, minggu lepas atau tahun lepas??.....

Tepuk dada tanya hati.."jangan sesekali tanya selera"...kerana hanya hati yang tahu apa sebenarnya yang telah berlaku selama ini..

Wahai kwn2....
Sepatutnya, peristiwa kemarin amat bermakna buat kita..kerana peristiwa kemarin sepatutnya akan membuat kita lebih dewasa, matang dan lebih tepat membuat tindakan untuk hari ini, besok dan lusa..Tapi, kenapakah hati kita sering berkata-kata! bahawa hidup ini sering saja serba tidak cukup?sering saja tidak sempat?sering saja tunggu dulu!sering saja pergi dulu!sering saja pikir dulu!sering saja nanti dulu!.....

Wahhh!!alangkah sedihnya..kalau kita ingat kembali...bertapa untungnya kalau dulu kita kata tidak cukup!"tapi mari kita cari"...Tiada kata2 seperti nanti dulu, pikir dulu, tunggu dulu..
Kadang2, kita rasa dunia tidak adil?kadang2 kita rasa masa tidak adil?kadang2 kita rasa kehidupan tidak adil?Asik saja kita saling mempersalahkan antara semua ini dan itu....Siapakah sebenarnya yang salah?siapakah sebenarnya yang kejam?Siapakah sebenarnya yang tidak adil?
Marilah kita sama2 fikir dan menjawab semua ini...

Kawan2 Ku....
Semoga tahun 2009 ini akan mencipta sejarah buat kita semua..doa saya, semoga kejayaan demi kejayaan akan tercapai dari setiap usaha...juga semoga hati kita lebih kuat dalam menghadapi setiap masalah dan mudah pula untuk meleraikannya...AMIN!!...

Ok la kwn2..nti kita sambung lg ya..
Babaiiiiii.....

04 January 2009

MUSIM BERGUMBIRA BERAKHIR...

Haha...rasa mcm berat btl mo bangun pagi, apa lagi mo bikin ini dan itu tuk waktu persekolahan ni...rasanya semua kwn2 setugas..pun pasti merasakan ini jugak???
Tapi tanggungjawab harus dilaksanakan, itu la kisah benarnya kwn2.
Jadi selamat menempuh tahun baru 2009 dan selamat kembali bertugas, semoga tahun ini lebih cemerlang perkhidmatan daripada tahun2 sebelumnya...

01 January 2009

NEW YEAR 2009..

Helloooo Semua kawan2...
HEPPY NEW YEARRRR...2009'
"Semoga dtahun 2009 ini akan membawa perubahan yang lebih baik dari tahun 2008"

Ya Allah...jadikanlah kami manusia2 yang mampu berubah..mampu menjadikan segala
peluang yang ada bermanafaat dan menjadikan hati kami lebih kuat dalam menempuh segala cabaran yang datang.

Ya Allah...kami redha dengan segala apa yang telah ditakdirkan, cuma berilah kami peluang berubah dengan memberikan kami rezeki dan ruang yang luas untuk kami terus berdikari demi masa hadapan kami yang masi jauh untuk kami hadapi..

Semoga segalanya USAHA TAHUN 2009 akan sukses dan berjaya dengan cemerlang
INSYA ALLAH..

Jumpa lg yeerrrrr....